Bagaimana ingin install xampp dalam ubuntu dan menggunakan

Assalamualaikumsalam wbt dan Selamat Sejahtera..

Saya ingin berkongsi tentang bagaimana ingin install xampp kat ubuntu dan menggunakannya.

Langkah 1

Anda perlu download xampp di sini

Langkah 2

darknite@macubuntu:~/Downloads$ sudo tar xvfz xampp-linux-1.7.7.tar.gz -C /opt

Langkah 3

darknite@macubuntu:~ sudo /opt/lampp/lampp start

 

 

 

 

 

 

Install dan menggunakan openvpn dalam Ubuntu

Assalamualaikumsalam wbt dan selamat sejahtera kepada semua

Di sini saya ingin berkongsi mengenai bagaimana ingin install dan menggunakan openvpn

Langkah 1

Anda perlu menaip arahan sudo apt-get install openvpn untuk mendapatkan openvpn ke dalam Ubuntu anda

 

Langkah 2

Anda perlu menaip arahan  Sudo openvpn –client –pull –comp-lzo –nobind –dev tap0 –ca /etc/openvpn/xx.ca –remote <ip address> –auth-user-pass untuk openvpn berfungsi

Bagaimana ingin install Dropbox dalam Ubuntu

Assalamualaikumsalam wbt dan selamat sejahtera kepada semua

Anda boleh menggunakan Dropbox untuk menghantar fail dalam laptop anda ke laptop kawan tanpa menggunakan USB Pendrive.

 

Langkah 1

Anda perlu menaip arahan seperti cd ~ && wget -O – “http://www.dropbox.com/download?plat=lnx.x86″ | tar zxf - 

Langkah 2

Untuk menggunakan dropbox, anda memerlukan arahan seperti ~/.dropbox-dist/dropboxd

Selepas anda menaip arahan di atas, anda akan dapat sesuatu seperti di bawah. Apabila anda dapat sesuatu seperti di bawah, anda perlu memilih sama ada anda ingin daftar Dropbox account ataupun sudah mempunyai Dropbox account.

Jika belum mempunyai Dropbox Account, anda perlu daftarkan untuk menggunakan Dropbox tersebut.

 

Mendapat video dari Youtube

Assalamualaikumsalam wbt dan selamat sejahtera kepada semua..

Di dalam post kali ini, saya ingin berkongsi mengenai bagaimana mendapat video dari Youtube

Langkah 1

Anda perlu menaip arahan sudo apt-get install youtube-dl untuk install kat Ubuntu

 

Langkah 2

Selepas selesai install youtube-dl, anda boleh mendapatkan video dari youtube dengan menggunakan arahan

youtube-dl <youtube video link>

Bagaimana untuk menukar hostname dalam ubuntu

Assalamualaikumsalam wbt dan selamat sejahtera kepada semua..

Di dalam post kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana anda boleh menukar hostname anda dalam Ubuntu

Anda perlu menaip arahan seperti

cd /etc
sudo nano hostname

Ianya akan muncul seperti di bawah dan anda perlu save apa yang anda telah anda tulis untuk nama baru hostname

Ubuntu 12.04 Release Party

Assalamualaikumsalam wbt dan selamat sejahtera kepada semua..

 

Oleh kerana Ubuntu 12.04 akan di keluarkan, hampir seluruh dunia termasuk lah Malaysia akan mengadakan Release Party bagi keluaran Ubuntu 12.04. Di sini, saya ingin doakan agar segala Release Party 12.04 akan berjalan dengan lancar di seluruh dunia.

 

Release Party akan berlangsung dari Sat, 21 April 2012 17:00  hingga Sat, 28 April 2012 00:00 UTC

 

Untuk Melihat Release Party bagi kesemua negara, anda boleh melihat di sini

Cara-cara nak menaik taraf ke Ubuntu 12.04

Assalamualaikumsalam wbt

Di atas tunjuk ajar daripada abang fenris dan geng-geng ubuntu-my di mana mereka tengah memberi tunjuk ajar mengenai bagaimana untuk menaik taraf Ubuntu 11.10 kepada Ubuntu 12.04

Langkah 1

Pertama sekali, anda perlu membuka “Terminal” dan menaip cd /etc/apt untuk pergi ke tempat di mana terletaknya sources.list

Selepas anda telah berada di tempat /etc/apt, anda perlu ls untuk melihat jikalau fail sources.list terdapat di tempat yang di cari.

Langkah 2

Bila mendapati fail sources.list wujud di situ, anda perlu menaip gksu gedit sources.list di mana anda boleh mengubah apa yang perlu di ubah di dalam fail tersebut. Setelah membuka fail tersebut menggunakan text editor, anda perlu menukar  Oneric kepada Precise dan save fail yang telah di ubah kepada Sources.list

Langkah 3

Setelah selesai mengubah fail Sources.list, anda perlu update Ubuntu seperti menggunakan arahan di bawah iaitu sudo apt-get update

Setelah selesai update, anda perlu mengupgrade kan ubuntu anda dengan menaip arahan sudo apt-get dist-upgrade seperti di bawah:

 

Langkah 4 

Setelah selesai upgrade ubuntu anda, anda perlu restart ubuntu anda dengan dua cara:-

1) Restart ubuntu anda dengan menaip arahan sudo init 6

2) Menekan butang restart di atas belah kiri seperti di tunjukkan di bawah:

Setelah anda masuk kembali selepas restart, anda boleh melihat jika Ubuntu anda telah berjaya menaik taraf ke Ubuntu 12.04 dengan pergi ke Dashboard>Details. Jikalau upgrade  menjadi, sepatutnya ianya akan seperti di bawah:

 

Bagaimana untuk setup ip internet

Assalamualaikumsalam wbt dan selamat sejahtera kepada semua

Di dalam post ini, saya ingin berkongsi mengenai bagaimana untuk setup ip internet kat Ubuntu 11.10

Langkah 1

Apa yang anda perlu buat adalah membuka “Terminal” dan taip arahan seperti ifconfig untuk melihat jikakalau Ubuntu anda mempunyai adapter internet yang di perlukan.

Langkah 2

Apabila anda telah mendapat pastikan yang adapter internet wujud dalam Ubuntu anda dan selepas itu baru anda configure internet adapter anda untuk mendapatkan internet

Arahan untuk setup ip internet dalam Ubuntu adalah seperti di bawah:

ifconfig eth1 192.168.0.100 netmask 255.255.255.0